Seorang pemandu lori dan kalendannya maut dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang pemandu lori dan kalendannya maut dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Kulai-Kota Tinggi dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pukul 1.30 petang.

“Kejadian tersebut melibatkan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 74 tahun dan kalendan lelaki tempatan berumur 32 tahun dengan sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang sedang bergerak terus dari Kota Tinggi menghala ke arah Kulai tiba-tiba hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kemalangan berlaku apabila lori yang sedang bergerak terus dari Kota Tinggi menghala ke arah Kulai tiba-tiba hilang kawalan

Beliau berkata, lori berkenaan terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebuah kereta  yang diletakkan di kanan jalan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut pemandu dan kelindan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Sementara pemandu kereta katanya, tiada dalam kenderaan semasa kemalangan berlaku, kes disiasat bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim  017-7573507.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast