KUALA LUMPUR – Agensi hartanah terkemuka negara, The Roof Realty terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila menerima dua pengiktirafan berprestij susulan prestasi cemerlang yang dicatatkan sepanjang tahun 2025.
Pengiktirafan bertaraf serantau itu diberikan menerusi dua kategori utama iaitu Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025 dan Jumlah serta Nilai Transaksi Kasar JualanTertinggi 2025 .
Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty, Datuk Dr Nicholas Yap berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi, memacu inovasi serta menampilkan kepimpinan dinamik dalam industri hartanah negara.
“Pencapaian merekodkan lebih 53,000 transaksi hartanah dengan nilai jualan hampir RM20 bilion serta melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit dalam tempoh setahun menjadi bukti kukuh terhadap kekuatan organisasi dan visi yang dikongsi bersama.
“Kejayaan merekodkan lebih 53,000 transaksi, mencapai nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada tahun 2025 adalah satu penanda aras yang membuktikan kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi bersama kami.
“Pengiktirafan ini akan terus menyuntik inspirasi kepada kami untuk menetapkan standard baharu dalam industri, selain memberi pulangan nilai yang lebih bermakna kepada pelanggan, rakan kongsi dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.
Nicholas menambah, pelaburan berterusan dalam program latihan komprehensif serta transformasi digital berjaya membentuk reputasi kukuh syarikat dalam melahirkan pakar hartanah yang berprestasi tinggi dan mampu menjana pulangan memberangsangkan.
Beliau berkata, prestasi perniagaan syarikat pada tahun 2025 turut mencatatkan lonjakan ketara apabila merekodkan sebanyak 53,626 transaksi hartanah.
“Jumlah tersebut sekali gus menjana Nilai Jualan Kasar (GSV) mencecah RM19,783,912,659 atau hampir RM19.8 bilion.
“Pada tahun yang sama, agensi ini turut melahirkan 13 ejen hartanah berpendapatan sejuta ringgit, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem latihan syarikat dalam membangunkan tenaga kerja berprestasi tinggi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Adjudikator The Asia Record, Datuk KK Chua yang menyifatkan The Roof Realty sebagai antara contoh terbaik dalam pengurusan industri hartanah di rantau ini.
Menurut beliau, kejayaan syarikat itu bukan sahaja terserlah menerusi nilai jualan RM19.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu, malah lebih membanggakan apabila berjaya melahirkan ramai ejen yang membina kerjaya cemerlang dalam industri. – MalaysiaGazette
















