Uqail Syahmi Azrol Nizal

KUALA LUMPUR= Yayasan Selangor (YS) menzahirkan ucapan  tahniah  kepada Uqail Syahmi Azrol Nizal, pelajar tajaan penuh Yayasan Selangor di bawah Program Bitara, atas kejayaan cemerlang beliau terpilih sebagai penerima Biasiswa YTP MARA (International Baccalaureate).

Kejayaan ini membolehkan beliau melanjutkan pengajian dalam bidang sains di salah sebuah universiti bertaraf dunia yang tersenarai dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Rankings.

Penganugerahan biasiswa yang menjadi rebutan ramai ini merupakan manifestasi kepada usaha gigih, disiplin yang tinggi, serta kecemerlangan akademik yang konsisten sepanjang pengajian beliau di Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYSM).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Raja Nazirin Shah Raja Mohamad berkata, pencapaian ini adalah bukti nyata keberkesanan komitmen serta pelaburan berterusan Yayasan Selangor dalam melahirkan generasi pemimpin masa
hadapan yang berwawasan

“Kejayaan saudara Uqail Syahmi mencerminkan peranan YS sebagai organisasi yang sentiasa komited dalam memartabatkan pendidikan negeri Selangor dan melahirkan modal insan yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara,” ujar beliau.

Tambahnya, pencapaian luar biasa ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh pelajar di bawah naungan Yayasan Selangor untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan, dan sahsiah diri.

“Yayasan Selangor turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Yayasan Saad Melaka, barisan pendidik, serta ibu bapa yang telah memberikan sokongan padu dalam membimbing beliau sehingga meraih kejayaan yang membanggakan ini. Semoga saudara Uqail Syahmi terus melakar kecemerlangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast