Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana ada pihak yang mahu membebaskan Datuk Seri Najib Razak adalah tidak berasas.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Isham berkata, kuasa untuk membebaskan Najib terletak di bawah Kerajaan Persekutuan melalui kuasa dan nasihat perdana menteri, bukannya kerajaan negeri.

Lagipun, tambahnya, Anwar sendiri yang menyatakan menang atau kalah di Johor, beliau tetap perdana menteri.

Bahkan, jika UMNO menang besar dan jadi MB Johor semula pun ia tidak boleh bebaskan Najib.

Lantaran itu, Isham menyifatkan Anwar sudah terdesak dan terpaksa tunggang nama Najib lagi untuk meraih undi.

“Ini hujah bodoh. Yang boleh bebaskan Najib adalah Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa dan nasihat perdana menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, beliau turut merujuk kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim, yang sebelum ini mendakwa terdapat pemimpin kanan DAP menyatakan tiada masalah sekiranya Najib dibebaskan.

Menurut Isham, dakwaan itu dibuat oleh pemimpin DAP sendiri dan bukannya oleh Perikatan Nasional (PN) atau UMNO.

“Jika Najib keluar, ia adalah kerana keputusan Anwar dan DAP, bukan kerana UMNO menang besar dalam PRN,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut merujuk kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim, yang sebelum ini mendakwa terdapat pemimpin kanan DAP menyatakan tiada masalah sekiranya Najib dibebaskan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast