KUALA LUMPUR – Saya memang yakin Pakatan Harapan (PH) boleh menang.
Itu dinyatakan Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan mengenai perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, keyakinan itu dizahirkan selepas melihat kemunculan gelombang sokongan terhadap calon-calon PH di beberapa kawasan terutamanya menjelang hari pengundian pada 11 Julai nanti
“Beberapa hari ini, kita sedang melihat bahawa calon-calon PH mewujudkan satu gelombang kempen tapi gelombang (kempen) itu saat-saat akhir sahaja kita boleh lihat.
“Tapi kali ini sejak awal lagi kita boleh nampak sokongan tu terutama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mula turun kempen di beberapa tempat di DUN Layang-Layang, di Johor Bahru di Bukit Batu khususnya di kawasan-kawasan calon PH bertanding,” katanya pada pembeita selepas sidang media khas di sini hari ini.
Tambah Ramanan, jentera PH turut mendapat respon yang cukup baik daripada semua pengundi terutama penyokong calon yang bertanding.
Terdahulu, Anwar memulakan siri kempen PRN Johor ke-16 pada 4 Julai lalu.
Anwar dilapor memperhebat momentum kempen PRN Johor menerusi siri jelajah padat bagi memperkukuh sokongan rakyat terhadap calon serta jentera PH. – MalaysiaGazette
















