KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet menyifatkan kandungan video talkin bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak sesuai sebagai kempen politik.
“This ain’t it, fam (ini bukan caranya, kawan). Jangan main-mainkan hal macam ni. Mohon delete,” tulis Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Ampang.
Menerusi video berkenaan, Shamsul menggesa para pengundi mengambil peluang meminta pelbagai bantuan daripada parti lawan termasuk Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) namun mengingatkan mereka agar tidak memberikan undi kepada parti-parti tersebut.
“Apabila diberi RM100, mintalah RM500. Apabila diberi kopi atau teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.
“Namun apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang. Kami tetap akan undi Harapan,” katanya dalam video tersebut yang dimuat naik semalam.
Untuk rekod, pengundian awal Pilihan Raya Negeri Johor berlangsung hari ini manakala hari pengundian pada 11 Julai ini selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lalu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:















