Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad. Foto FAREEZ FADZIL, 07 JULAI 2026.

JOHOR BAHRU – Siasatan masih dilakukan terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi susulan beberapa laporan polis yang diterima terhadap beliau baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, perkembangan siasatan tersebut akan dimaklumkan nanti.

“Ya, itu masih dalam siasatan. Kita setakat ini masih dalam menyiasat perkara ini. Saya pun tidak boleh ulas sebab banyak perkara-perkara yang masih lagi kita teliti untuk kita melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan masih dibawah IPK Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Setakat 25 Jun lalu, polis Johor menerima 153 laporan dari seluruh negara melibatkan Mohd. Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor susulan kenyataan dibuat dipercayai mengaitkan institusi diraja dengan proses demokrasi termasuk pembubaran DUN Johor.

Bekas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Mohd Puad Zarkashi

Siasatan terhadap Mohd Puad dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast