KUANTAN – Isu mogok membabitkan 24 kakitangan pembersihan dan penyelenggaraan kawasan di Hospital Rompin pagi semalam berjaya diselesaikan.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) berkata, insiden itu melibatkan kakitangan sebuah syarikat bukan konsesi yang mendakwa tidak menerima pembayaran gaji dalam tempoh tertentu.
Malah, sebahagian kakitangan turut mendakwa caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dibuat oleh syarikat walaupun potongan telah dilakukan pada slip gaji mereka.
“JKNP ingin memaklumkan bahawa operasi Hospital Rompin dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit berjalan seperti biasa.
“Pihak JKNP telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
















