Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berucap pada Program Bersama Generasi Kempas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bahru. Foto SADIQ SANI, 09 JULAI 2026.

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun pernah berbeza pendapat dengan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun beliau tidak meninggalkan parti atau menubuhkan parti baharu.

Sebaliknya, beliau mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli memilih untuk menentang kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kecewa dengan hala tuju Pakatan Harapan (PH).

“Kalau saya, saya kembali kepada UMNO. Tetapi Rafizi begitu kecewa sehingga memilih jalan lain dan menubuhkan parti baharu,” katanya ketika berucap pada ceramah Barisan Nasional (BN) di Anjung Selera Taman Cempaka, Kempas, di sini, malam ini.

Beliau turut menggesa penyokong PH supaya mendengar sendiri pandangan Rafizi mengenai kerajaan pimpinan Anwar sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.

“Kita minta mereka sokong calon BN, tapi kalau betul-betul pengundi PH tak boleh nak sokong BN, saya minta penyokong PH, jangan keluar mengundi ataupun undilah saudara Rafizi Ramli,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast