SEGAMAT – Suasana di terminal bas dan stesen kereta api menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mengimbau kemeriahan musim perayaan apabila anak-anak perantau mula pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
Tinjauan MalaysiaGazette pada petang tadi mendapati Stesen Bas Segamat dan Stesen Keretapi KTMB di sini dipenuhi orang ramai yang kebanyakannya pulang ke Segamat dan sesengahnya menuju daerah lain di Johor.
Rata-rata memilih sistem pengangkutan awam untuk pulang bagi menjimatkan masa selain kos lebih rendah.
Mereka yang ditemui sanggup merentas perjalanan yang agak sesak berbanding hari biasa menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Iqbal Yusri, 19, pulang ke kampung halaman menaiki bas ketika ditemui berkata perjalanan pulang kali ini terasa istimewa kerana tidak sabar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi muda.
“Kali ini balik ke kampung, perasaannya sama seperti hendak balik beraya. Kita dapat berkumpul dengan keluarga sambil menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
“Balik malam nanti saya sempat lagi nak study semua pasal calon sambil dengar nasihat keluarga,” katanya.
Tinjauan juga mendapati ramai pengundi muda melihat kepulangan untuk mengundi bukan sekadar kewajipan, malah satu tradisi baharu yang menyatukan keluarga dan menyuburkan semangat demokrasi.
Bagi mereka, menghayati nilai Rukun Negara bermula dengan kesediaan untuk pulang dan melaksanakan hak sebagai pengundi.
Malah ada pula sanggup menempah tiket bas lebih awal bagi memastikan beliau tidak terlepas peluang mengundi.
Difahamkan semua tiket habis terjual pada Khamis dan Jumaat sama ada pegi dan pulang dai Segamat dan aliran tradik juga agak sesak namun terkawal pada sehari sebelum mengundi.

Muhammad Haikal Hakimi, 19, berkongsi keterujaan balik ke kampungnya di Kulai bagi menunaikan tanggungjawa sebagai pemilih pada kali pertama
“Semangat balik kampung nak mengundi esok ini, dah tak sabar nak pangkah siapa esok.
“Perassan itu luar biasa kerana nak mengundi itu tanggungjawab kita lebih-lebih lagi orang muda,” katanya.

Azri Arifin Abdullah, 19, berpendapat kali ini pulang ke kampung dengan misi sebagai rakyat yang semakin matang selain menghayati Rukun Negara ketika bangku sekolah dulu.
“Walau tak sampat pergi kempen, tapi sempat melihat kempen menerusi media sosial. Dulu kita di sekolah berikrar Rukun Negara sekarang nak mengundi pula.
“Mungkin boleh ikut nasihat keluarga tapi kita juga boleh menilai sendiri, kena matang dan pandai menilai kemampuan calon.
“Penting kita sebagai kesedaran orang muda supaya majaroti kepada calon, kita kena sedar hilan satu kerusi DUN nanti kena tanggung satu penggal,” katanya.

Muhammad Arifin Shahril, 20, seorang penuntut kejuruteraan akan menjadi pemilih bagi DUN Buloh Kasap pada esok.
“Beli tiket bas awal dan kena balik juga, sebagai pengundi muda untuk masa depan negara kena tahu tanggunjawab kita.
“Kita nak cari calon yang membolehkan membangunkan anak muda,” katanya.
Seramai 172 calon kini sedang giat berkempen bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , seramai 2,727,926 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini. Ia terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera bersama pasangan dan 12,710 anggota polis berserta pasangan. – MalaysiaGazette
















