Kenderaan polis yang dipercayai membawa suspek kes tikaman membabitkan seorang pelajar tiba di Mahkamah Majistret Telok Datok bagi permohonan reman. Foto MUHAIMIN MARWAN, 7 JULAI 2026.

BANTING – Seorang remaja perempuan akan dituduh di Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini atas pertuduhan menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah pada Isnin lalu.

Suspek berusia 15 tahun yang memakai baju berhud serta berseluar hitam tiba di mahkamah sekitar jam 8.33 pagi dengan menaiki kenderaan polis serta dikawal ketat angggota polis.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh suspek di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Suspek telah direman selama empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast