Tangkap layar FB Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membuat satu hantaran ringkas tetapi bagaikan membawa pertanyaan ramai pihak selepas menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

“Adakah akan dikotakan janji ini?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook beliau malam ini.

Pada hantaran tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut memuat naik tangkap layar berita yang memetik kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengatakan akan letak jawatan jika UMNO menang besar dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Terdahulu, pemimpin DAP mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dan beliau akan menjadi individu pertama dalam Kabinet yang akan meletakkan jawatan sekiranya perkara itu terjadi.

Kor Ming juga mendakwa, DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia adalah “garis merah” parti terbabit.

Terdahulu, Kor Ming dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan tanpa sebarang kesalahan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Nur Jazlan sangsi Nga Kor Ming mahu letak jawatan menteri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kor Meng dah benar benar menjadi Nyior Kor Meng…Jangan lupa potong telur bagi makan anjing kalau tidak tunai janji untuk letak jawatan ..Perlu masa berapa lama????

Comments are closed.