Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik, Azizi Safar mendakwa Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) tersilap mentafsir kesesakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada malam sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Azizi berkata, kesesakan lalu lintas itu sebenarnya berpunca daripada kepulangan pengundi ke Johor untuk mengundi Barisan Nasional (BN), bukannya sebagai petanda sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

“Ramai yang bersesak balik ke Johor sebab nak mengundi BN rupanya.

“‘The Silent Move’ untuk kalahkan PH, bukannya BN,” katanya.

Beliau turut menyindir Ketua Pengarah JKOM dengan menyatakan bahawa bukan beliau seorang sahaja yang tersilap membuat tafsiran terhadap kesesakan trafik berkenaan.

“Ramai lagi yang salah bacaan juga,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa ‘gelombang merah’ sedang berlaku di Johor hari ini.

Beliau mendakwa Lebuhraya Kuala Lumpur – Johor sejak petang semalam merupakan ‘Silent Move’ perantau Johor.

“Gelombang Merah! ‘Silent Move’ perantau Johor sudah jelas, individu yang sombong, bongkak dan tamak akan ditendang keluar hari ini.

“Sesak teruk Lebuhraya KL – Johor sejak petang semalam. Ayuh MERAHKAN Johor!,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ucapan manusia spesis terlalu tinggi EGO..Sekarang harap KP JKOM…Telan balik dgn kahak² sekali…lain kali jgn TAKBUR DAN RIAK…ALLAH sentiasa melihat

Comments are closed.