TOKYO – Harga minyak dunia dibuka lebih tinggi pada hari Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran dan pengumuman Tehran untuk menutup Selat Hormuz.
Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent bagi penghantaran September meningkat 3.75 peratus kepada AS$78.86 setong pada kira-kira pukul 10.10 malam GMT pada hari Ahad.
Sementara itu, minyak mentah penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Ogos naik 3.65 peratus kepada AS$74.02 setong. – Agensi
















