Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusinya telah berakhir pada 30 Jun 2026.

Ahmad Shabery mula dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Julai 2023.

Dalam satu kenyataan, FELDA berkata, sepanjang menerajui organisasi itu, Ahmad Shabery telah menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi FELDA.

Ia merangkumi usaha memperkasakan tadbir urus korporat, membina kerjasama strategik, serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap FELDA.

“Pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, dan kepimpinan cemerlang beliau.

“Semoga asas kukuh yang telah dibina akan terus memacu kemajuan dan kelestarian FELDA pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast