Penerima Anugerah Kutipan Amil Tertinggi Kategori Kod QR Mengikut Zon

KUALA LUMPUR – Kutipan zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026 mencatatkan peningkatan dengan jumlah kutipan sebanyak RM18.3 juta melibatkan lebih 1.5 juta pembayar zakat.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, jumlah itu merekodkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40 peratus kutipan diterima menerusi saluran pembayaran dalam talian, sekali gus mencerminkan penerimaan masyarakat yang semakin positif terhadap kemudahan pembayaran zakat secara digital.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman

“Berdasarkan rekod tahun ini, kutipan melalui QR Code menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, iaitu melebihi 60 peratus berbanding tahun lalu.

“Ini membuktikan apabila teknologi digabungkan dengan usaha gigih para amil di lapangan, kita mampu memperluaskan lagi capaian perkhidmatan zakat kepada masyarakat tanpa mengabaikan nilai kemesraan dan sentuhan insani
yang sentiasa menjadi kekuatan institusi ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau hadir pada Majlis Apresiasi Amil Fitrah 2026 anjuran Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, bagi menghargai komitmen dan pencapaian para amil, PPZ-MAIWP turut menyampaikan pengiktirafan kepada 24 orang penerima anugerah yang mencatat prestasi cemerlang dalam kutipan zakat fitrah.

Pengiktirafan tersebut meliputi kategori Anugerah Ketua Penolong Amil Terbaik, Anugerah Kutipan Amil Tertinggi Kategori Kupon, Anugerah Kutipan Amil Tertinggi Kategori Kod QR serta Anugerah Kutipan Amil Tertinggi Kategori Kod QR Mengikut Zon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast