Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Loke Siew Fook dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Foto AIZAT ZAINAL, 14 JULAI 2026.

KUALA PILAH –  Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sah meninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk bertanding di DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut nama Aminuddin sebagai calon pertama PH sebelum disambut tepukan gemuruh ribuan penyokong pada Majlis Pengumuman Calon PH di Dataran Melang di sini malam ini.

Pengumuman tersebut sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai perpindahan Aminuddin ke DUN Linggi yang sebelum ini hangat diperkatakan menjelang PRN Negeri Sembilan.

Turut diumumkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan mempertahankan kerusi DUN Chennah manakala PH turut mempertaruhkan lima muka baharu bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Foto AIZAT ZAINAL, 14 JULAI 2026.

Daripada keseluruhan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, PH mengekalkan penyandang di 12 kerusi manakala calon baharu ditampilkan di DUN Temiang, Sikamat, Ampangan, Mambau dan Seremban Jaya.

Ketika berucap pada majlis itu, Aminuddin berkata, barisan calon PH kali ini terdiri daripada individu daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, agamawan, aktivis masyarakat, ahli perniagaan serta anak peneroka generasi kedua.

Menurutnya, gabungan pengalaman dan tenaga baharu itu diyakini mampu memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri serta meneruskan agenda pembangunan Negeri Sembilan sekiranya PH terus diberi mandat oleh rakyat.

Beliau turut menyeru seluruh jentera PH bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan pencapaian kerajaan negeri sejak 2018 dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada PRN kali ini.

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, PH memenangi 17 daripada 36 kerusi DUN sebelum membentuk kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.

Berikut senarai calon PH Negeri Sembilan:

N01 Chennah – Anthony Loke Siew Fook (Penyandang) – DAP

N02 Pertang – Mohd Umry Abdul Khois -PKR

N03 Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir – PKR

N04 Klawang – Datuk Bakri Sawir – Amanah

N05 Serting – Yaacob Mahmood – Amanah

N06 Palong – Muhammad Zahin Zinal Abidin – PKR

N07 Jeram Padang – G Manivannan – PKR

N08 Bahau – Teo Kok Seong (Penyandang) -DAP

N09 Lenggeng – Zarinna Abu Zarin – Amanah

N10 Nilai – J Arul Kumar (Penyandang) – DAP

N11 Lobak – Chew Seh Yong (Penyandang) DAP

N12 Temiang – Ho Weng Wah -DAP

N13 Sikamat – Nor Azman Mohamad – PKR

N14 Ampangan – Datuk Muhammad Nazri Kassim – PKR

N15 Juasseh – Mohd Aidil Abdullah – PKR

N16 Sri Menanti – Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa – PKR

N17 Senaling – Hanis Alimin – Amanah

N18 Pilah -Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim PKR

N19 Johol – Mohd Zailan Mohd Munawar – Amanah

N20 Labu – Datuk Ahmad Faez Abdul Razak – PKR

N21 Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon (Penyandang) -DAP

N22 Rahang – Siau Meow Kong (Penyandang) – DAP

N23 Mambau – Lee Kai Yet -DAP

N24 Seremban Jaya – S Mugunthan – DAP

N27 Rantau – Dr Azizul Hakim Mahdi – PKR

N26 Chembong – Danish Nazran Murad – PKR

N28 Kota – Muhammad Allif Ibrahim – PKR

N25 Paroi – Ahmad Shahir Mohd Shah – Amanah

N29 Chuah -Datuk Yew Boon Lye (Penyandang) -DAP

N30 Lukut – Choo Ken Hwa (Penyandang) – PKR

N31 Bagan Pinang – Nasir Rahman -PKR

N32 Linggi – Datuk Seri Aminuddin Harun -PKR

N33 Sri Tanjung -Datuk Dr G Rajasekaran (Penyandang) – PKR

N34 Gemas – Siti Aishah Seman@Othman -PKR

N35 Gemencheh – Abd Latif A Tambi – Amanah

N36 Repah – S Veerapan (Penyandang) – DAP – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast