KUALA LUMPUR – Terdapat satu lagi kes pelajar terjatuh dari tingkat satu di sekolah allahyarham Zara Qairina Mahathir, pada 15 Julai lalu.

Dalam kejadian terbaharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah, pelajar terbabit tidak mengalami kecederaan serius namun dimasukkan ke hospital.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam kenyataannya mengesahkan kejadian murid terjatuh di sebuah sekolah bagaimanapun enggan memberi maklumat mengenai identiti serta nama sekolah terbabit susulan insiden tersebut adalah sensitif.

Katanya, siasatan berhubung insiden tersebut sudah dimulakan dan dapatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian berkenaan.

“Pihak sekolah segera memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, melaporkan kepada keluarga dan polis serta mengawal keadaan bagi mengelakkan situasi panik akibat kejadian itu,” katanya, hari ini.

Kenyataan JPN Sabah itu adalah maklum balas terhadap beberapa laporan berita dalam talian yang melaporkan kejadian seorang pelajar terjatuh dari tingkat satu SMKA Datu Mustapha, dua hari sebelum genap setahun insiden meragut nyawa Zara Qairina.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast