Ting Han selepas dilantik semula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia dan diumumkan di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Saujana, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Lee Ting Han yang kembali dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri hari ini bertekad merealisasikan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijanjikan serta agenda Maju Johor 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh itu berkata, ia bagi memastikan setiap hasil pembangunan terus dirasai seluruh Bangsa Johor.

Katanya, tumpuan empat tahun akan datang adalah menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat semasa PRN Johor baru-baru ini.

“Baki empat tahun sebelum menjelang 2030 merupakan fasa kritikal untuk merealisasikan agenda itu termasuk Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).

“Saya optimis agenda berkenaan mampu dicapai memandangkan Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan bagi dua tahun berturut-turut.

“Momentum ini perlu dikekalkan bagi merealisasi sasaran menjadi Johor sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Apa yang kita perlu laksanakan adalah empat tahun akan datang, pastikan kita dapat gerak dengan lebih pantas, apa yang telahpun kita laksanakan kita teruskan dan di mana yang kita mungkin tak dapat dilaksanakan dengan memuaskan ataupun ada kekurangan, kita tambah baik supaya empat tahun datang ini menjadikan tahun transformasi untuk negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman 10 Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini hari ini.

Terdahulu seramai 10 Exco baharu mengangkat sumpah jawatan berkenaan yang berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene di sini pagi ini.

Ting Han merupakan seorang daripada enam Exco terdahulu yang dikekalkan manakala empat lagi adalah muka baharu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast