Menteri Besar yang juga calon Pakatan Harapan N.32 Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mahu semua calon Pakatan Harapan (PH) menjadikan manifesto sebagai bahan utama kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, rakyat kini lebih berminat mengetahui perancangan yang boleh dilaksanakan berbanding retorik politik atau serangan terhadap pihak lawan.

“Saya akan pastikan calon-calon membaca, memahami dan menyampaikan kandungan manifesto kepada rakyat.

“Rakyat mahu tahu apa yang kita hendak lakukan untuk mereka, bukannya mendengar fitnah atau tuduhan yang tidak memberi manfaat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan, di sini, malam ini

Menurut beliau, pengalaman mentadbir negeri selama lapan tahun memberi keyakinan kepada PH untuk menawarkan manifesto yang realistik dan boleh dilaksanakan.

“Kita mempunyai rekod prestasi.

“Apa yang dijanjikan sebelum ini sebahagian besarnya telah dilaksanakan dan itu menjadi keyakinan kita untuk menawarkan manifesto kali ini,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan fakta dan pencapaian lebih penting bagi membantu rakyat membuat keputusan yang tepat menjelang hari pengundian.

“PH mahu menawarkan politik yang lebih matang dengan memberi fokus kepada pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, berbanding polemik yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast