Foto FB Kuching City.

KUALA LUMPUR – Naib Juara Liga Super musim lalu, Kuching City FC mengesahkan telah berpisah dengan dua tonggak import pasukan itu, Moses Atede dan Scott Woods bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/27.

Berita tersebut dikongsikan pengurusan Kuching City di platform rasmi kelab sambil menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Atede dan Woods sepanjang tempoh beraksi di kelab itu.

“Pengurusan The Cats turut mengucapkan selamat berjaya kepada kedua-dua pemain itu untuk destinasi pilihan mereka yang berikutnya,” tulis kelab itu di sini.

​Kedua-dua pemain ini merupakan watak utama dalam sejarah gemilang The Cats musim lepas apabila membantu pasukan muncul sebagai Naib Juara Liga Super dan mara ke Final Piala Malaysia sekali gus layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Atede adalah jeneral tengah yang merekodkan 53 penampilan dan lima bantuan sejak menyertai pasukan pada pertengahan musim 2024/25.
Woods pula kebal di benteng pertahanan dengan 32 penampilan, satu gol dan tiga bantuan sepanjang semusim di bumi Sarawak.

Sementara itu, Kuching City sudah mengambil langkah mendapatkan pemain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Atede dan Woods apabila merekrut dua pemain tengah baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor dan Kaishu Yamazaki.

Pemain adik-beradik Declan dan Ryan Lambert turut dibawa masuk dari KL City untuk memperkukuh kelab itu. – MalaysiaGazette

Kuching City membawa masuk pemain adik-beradik Declan dan Ryan Lambert dari KL City untuk memperkukuh kelab itu.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast