umah Api Tanjung Tuan merupakan rumah api tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1863 di era penjajahan British.

PORT DICKSON – Bagi peminat aktiviti mendaki, populariti Bukit Batu Putih di sini seringkali diperkatakan dan menjadi sebutan ramai.

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan secara santai hanya mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit untuk tiba di pintu gerbang Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan.

Namun sebelum memulakan pendakian, anda  boleh meneruskan perjalanan ke ke Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado sebagai tempat persinggahan sementara.

Alang-alang sudah sampai, anda hanya perlu menaiki tangga dan mengelilingi luar rumah api itu sambil menyaksikan pemandangan menarik termasuk air berpusar di tengah lautan

Di ruang angkasa pula, kelibat burung helang terbang bebas dan ia menjadi faktor utama kenapa acara ‘Raptor Watch’ berlangsung di lokasi ini setiap tahun.

Pintu gerbang Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan.

Menurut sejarah tempatan, rumah api dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.

Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang.

Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.

Sementara itu, Rumah Api Tanjung Tuan merupakan rumah api tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1863 di era penjajahan British dan dibina semula pada tahun 1860 setelah menara asalnya didirikan Belanda pada 1817.

Kawasan ini dikelilingi hutan simpan seluas 80 hektar dan terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong untuk mendaki ke Bukit Batu Putih serta melihat pemandangan laut Selat Melaka yang memukau.

Tanjung Tuan merupakan wilayah asingan milik Kerajaan Negeri Melaka yang dikelilingi oleh Negeri Sembilan yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). – MalaysiaGazette

Pemandangan laut Selat Melaka yang memukau ketika matahari terbenam.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast