PADAÂ dasarnya, peranan zoo adalah sebagai tempat perlindungan sementara untuk bahan pameran kepada para pengunjung agar dapat memahami perasaan cintakan haiwan.
Adakah zoo memainkan peranan penting dalam proses pembiakan? Jawapannya, tidak semestinya, kerana habitat sebenar atau seakan habitat semulajadi adalah pusat pembiakan terbaik yang kita kenali sebagai pusat santuari bagi spesies haiwan terancam.
Maka, zoo hanyalah satu pusat alternatif terakhir bagi manusia menyimpan baka spesies kritikal terancam seperti Harimau sebagai contohnya.
Gajah Asia Malaysia masih dalam kumpulan spesies terancam di bawah IUCN, iaitu bilangannya masih dalam lingkungan 1200-1800, maka ia boleh dibiak gandakan di negara Malaysia iaitu tidak perlu dibiak di luar negara.
Hanya spesies terancam penuh secara kritikal yang sesuai dijadikan baka perlindungan di lokasi luar bagi memastikan spesies tersebut dapat disimpan baka di mana-mana pusat santuari atau zoo-zoo terpilih bagi memastikan kelangsungan kehadirannya.
Berdasarkan perkara di atas, saya selaku Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM) menegaskan, habitat sebenar atau pusat konservasi yang telah dibuat seakan habitat sebenar adalah pusat pembiakan spesies terancam di dunia ini.
Bagi isu pemindahan gajah iaitu Dara, Kelat & Amoi ke Zoo Tennoji Osaka adalah satu langkah yang tidak realistik kerana zoo tersebut tidak dapat membuktikan kejayaan pembiakan bagi sang gajah sehingga kini.
Malahan berita buruk pernah berlaku di Zoo Tennoji dimana dua ekor gajah telah mati dan mengakibatkan zoo tersebut kekosongan bagi haiwan gajah selama lapan tahun.
Apa yang terjadi, Malaysia telah menghantar tiga ekor gajah (DAK) ke Zoo Tennoji Osaka pada 10 Mac 2026 dan ketiga-tiga gajah tersebut tiba di Osaka pada 11 Mac 2026 dan mula mengambil perhatian mata rakyat Malaysia dan dunia setelah diperagakan sebagai bahan pameran mulai 21 April 2026.
Sehingga kini, isu DAK telah menarik perhatian dunia kerana mereka menunjukkan tabiat yang tidak normal akibat penderaan mental dalam kurungan habitat konkrit di tengah kota Osaka.
Saya meneliti beberapa hujah yang pernah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Zoo Tennoji sebelum ini di mana mereka amat khusyuk dalam proses pembiakan haiwan di zoo tersebut termasuk Gajah Asia Malaysia yang telah dihantar ke sana.
Zoo Tennoji peka dalam isu pembiakan, maka mereka pastinya menjalankan pembiakan secara tidak normal (pembiakan paksa) atau dikenali sebagai force breeding.
Ia tetap dijalankan kerana zoo tersebut ingin membuktikan kejayaan pembiakan gajah di mata dunia bagi menindas suara pencinta alam dari Malaysia dan dunia.
Walaupun pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menegaskan dalam kenyataan pada 14 Mei 2026 bahawa dakwaan berkaitan aktiviti force breeding ini adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tidak pernah berlaku mengikut syarat ketetapan yang dipersetujui kedua belah pihak dalam MOU tersebut.
Namun siapak yang dapat mengesahkan perkara berikut tidak berlaku?
Andaikata, terjadinya kelahiran gajah tersebut maka peluang untuk mereka bersama jabatan-jabatan yang berkomplot menghantar DAK ke Zoo Tennoji, dianggap telah berjaya.
Bagi menjayakan matlamat ini, pihak Zoo Tennoji disyaki sedang menjalankan suntikan hormon penggalak mengawan bagi memastikan gajah jantan (Kelat) terus berusaha berkali-kali untuk mengawan.
Pembiakan paksa sebegini yang kerap dilaksanakan dan jika berlaku, akan menyebabkan sistem saraf terganggu dan akhirnya gajah tersebut boleh lemah dan jatuh sakit.
Gajah boleh menjalani sistem pembiakan secara semulajadi dan tak perlu manusia menggangu sifat semulajadi tersebut. NGO, PERKAM juga mempersoalkan kehadiran mahut penembak pelali ke Zoo Tennoji atas faktor apa? Adakah untuk membantu melalikan gajah Kelat bagi memasukkan hormon perangsang mengawan atau untuk melatih mahut Jepun untuk belajar cara menggunakan pelali tersebut bagi menjalankan proses pembiakan paksa terhadap gajah kita di sana.
Pengunaan ubat pelali kerap digunakan bagi haiwan di habitat sebenar untuk pemindahan ke tempat selamat.
Insiden turun minyak yang kerap berlaku terhadap gajah jantan iaitu Kelat, sudah banyak kali malahan sebanyak 2 kali telah dikurung berasingan daripada gajah Amoi dan Dara. Prof Dr Santharasekaran merasakan adanya gangguan
terhadap emosi gajah Kelat akibat pengurusan yang tidak relevan yang kita perlu ketahui.
Malahan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam hujah rasminya pada 23 Mei 2026, telah menyatakan tiada sebarang insiden pembiakan paksa dilakukan berdasarkan memorandum perjanjian DAK tersebut.
Namun rakyat Malaysia masih sangsi dan dapat melihat melalui paparan video-video pada setiap hari keadaan gajah DAK yang tidak tenteram malahan kerap kali terjadinya insiden tingkah laku yang kurang baik terhadap gajah Kelat di sana.
Presiden PERKAM mewakili rakyat Malaysia mahu satu badan ketiga yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang terdiri daripada wakil ketiga doktor veterinar, aktivis gajah dan pencinta alam dapat memantau situasi sebenar keadaan tiga ekor gajah (DAK) yang kini berada di Zoo Tennoji Osaka.
Penilaian dan pemantaun pihak ketiga dalah cara terbaik bagi memastikan bukti sebenar keberadaan gajah-gajah kita di zoo tersebut dalam keadaan selamat atau tidak?
Rakyat Malaysia mahukan kesejahteraan DAK terpelihara dan sebagaimana kata-kata YDP MPT, jika dapat dibuktikan terjadinya pembiakan paksa mahupun keabaian kebajikan gajah DAK terbukti, memorandum tersebut akan terbatal dengan sendirinya; maka ketiga-tiga gajah tersebut seharusnya dikembalikan ke habitat sebenar di Malaysia pada kadar segera.
Prof. Dr Santharasekaran a/l Subramaniam
Pengasas & Presiden
Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia &
Renjer Konservasi Alam Malaysia
















