Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru generasi muda tampil sebagai penggerak agenda reformasi bagi membentuk masa depan negara yang lebih bersatu, bebas rasuah dan berteraskan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, golongan muda perlu memainkan peranan kerana kepimpinan politik menentukan hala tuju dasar ekonomi, pendidikan dan pembangunan negara.

Menurutnya, Malaysia berpotensi menjadi antara negara terbaik di rantau ini sekiranya rakyat pelbagai kaum dan agama terus bersatu serta menolak politik yang memecah-belahkan masyarakat.

“Politik lama yang menanam ketakutan dan kebencian antara kaum mesti dihentikan. Yang perlu diperangi ialah rasuah, perkauman dan salah guna kuasa.

We must have good leaders yang tidak korup, yang tidak racis, yang tidak tanam benci satu sama lain. Pilih Melayu yang baik dan kompeten. Pilih Cina yang baik dan mampu mentadbir
dengan baik. Pilih India yang baik dan yang baik-baik itu selamatkan Malaysia tercinta dan saya harap generasi anak-anak muda harus faham ini,” katanya yang juga Presiden PKR pada program Generasi Muda, Suara Baharu di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyifatkan penyertaan ribuan anggota baharu ke dalam PKR sebagai sesuatu yang jarang berlaku dan berharap momentum itu diteruskan ke seluruh negara bagi menyemarakkan semangat reformasi dalam kalangan generasi muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast