Muhammad Kamil Abdul Munim

 

KUALA LUMPUR – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) yang bakal didedahkan oleh kerajaan nanti diharap menjadi noktah kepada episod hitam organisasi itu.

Laporan itu  juga diharap menjadi titik permulaan kepada sebuah Tabung Haji yang lebih telus, berintegriti dan benar-benar berpaksikan kepentingan umat Islam, sekali gus menjadi permulaan kepada sebuah institusi yang lebih telus, berintegriti dan benar-benar berpaksikan pada kepentingan umat Islam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, setiap ringgit yang disimpan di Tabung Haji bukanlah wang lebihan, sebaliknya hasil titik peluh rakyat daripada pelbagai latar belakang seperti penoreh getah, pesawah, pekebun, pemandu teksi, peniaga kecil dan warga Felda yang menyimpan wang selama bertahun-tahun demi menunaikan ibadah haji.

Katanya, apabila amanah sebesar itu dikhianati, ia bukan sekadar menjejaskan imej sebuah institusi, malah turut mengkhianati harapan dan doa jutaan umat Islam yang berusaha menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Jadi, ini bukan masanya untuk menutup kelemahan, atau mempertahankan imej mana-mana pentadbiran sebelum ini, jauh sekali melindungi mana-mana individu atau kelompok tertentu. Atas sebab itulah Kerajaan Madani memilih jalan yang sukar iaitu dengan mendedahkan kebenaran walaupun ada pihak yang lebih selesa jika kisah ini terus tersimpan.

“Ada yang berharap rakyat melupakan episod hitam ini. Tetapi kita mesti berani. Kita mesti berani mengaku bahawa kesilapan dan ketelanjuran telah pun berlaku. Lantaran itu, tugas kita sekarang adalah memastikan mereka yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Muhammad Kamil menambah, amanah Tabung Haji perlu dipulihkan dan dipelihara kerana ia melibatkan kepentingan jutaan pendeposit serta menjadi tanggungjawab bersama kepada generasi masa kini dan akan datang. – MalaysiaGazette

Laporan RCI Tabung Haji dirujuk kepada Kabinet sebelum didedahkan kepada umum

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast