KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial menggambarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengenai bukan Melayu jadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan seolah-olah menunjukkan politik negara masih `tersekat’ di zaman kuno.
Liyana Marzuki turut meluahkan nada sama berhubung kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) yang menyentuh parti itu dan Islam.
“Asyraf Wajdi takutkan pengundi, Cina boleh jadi MB N9. KJ cakap hanya UMNO boleh jaga Islam dan Melayu. Sigh.
“Politik kita masih stuck di zaman kuno. Pemimpin muda pun guna umpan kaum dan agama untuk memandirkan rakyat. Sedarlah orang dah bosan,” ujarnya dalam hantaran menerusi laman Facebook semalam.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Asyraf Wajdi dan menjelaskan, beliau hanya membuat sindiran terhadap pemimpin DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Besar jika Datuk Seri Aminuddin Harun (Tok Min) kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
“Saya hanya buat sindiran terhadap Anthony Loke DAP sebagai MB jika Tok Min kalah, itupun dah meroyan.
“Kenapa apabila pemimpin PH (Pakatan Harapan) menggelarkan Anthony Loke sebagai Undang ke-5, tidak pula dipertikaikan?
“Ini lebih tidak beradab dan mempermainkan institusi adat Negeri Sembilan,” ujar Asyraf Wajdi itu ketika membalas hantaran tersebut. – MalaysiaGazette

















perempuan ini tak faham perlembagaan.
Alahai… pompuan ni taik PH…kerja dia mmg hari2 jilat DAP…sampah mcm ni pun MG nak siarkan..hadoii