Tenaga Pengajar, Nuraini A Jalil (tengah) bergambar kenangan dengan para peserta sambil menunjukkan hasil karya seni beg jut di Pusat Komuniti Desa Gagu, Kuala Klawang, Jelebu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2026.
Tenaga Pengajar, Nuraini A Jalil (tengah) bergambar kenangan dengan para peserta sambil menunjukkan hasil karya seni beg jut di Pusat Komuniti Desa Gagu, Kuala Klawang, Jelebu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2026.

JELEBU – Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Gagu di sini terus konsisten memainkan peranan sebagai hub pemerkasaan kemahiran dan ekonomi masyarakat luar bandar.

Sejak mula beroperasi lebih 10 tahun lalu, fasiliti di bawah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini menjadi platform utama penduduk setempat bagi menimba ilmu serta mempertingkatkan potensi diri.

Tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang jahitan dan seni kraf, Nuraini A Jalil memerhatikan peserta menyiapkan hiasan pada beg decoupage.

Terbaharu, PKD Kampung Gagu menganjurkan Kelas Kreatif Decoupage Jut Bag yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung dan kawasan sekitar.

Program berkenaan memfokuskan kepada kemahiran mentransformasikan beg jut biasa menjadi karya seni istimewa yang mempunyai nilai estetika tinggi.

Sesi latihan kreatif tersebut dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang jahitan dan seni kraf, Nuraini A Jalil.

Sepanjang bengkel dijalankan, Nuraini membimbing seramai 15 peserta untuk menguasai teknik seni kraf decoupage secara praktikal.

Peserta tekun mengkarya beg jut biasa kepada karya seni istimewa di Pusat Komuniti Desa Gagu, Kuala Klawang, Jelebu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2026.

Rata-rata peserta yang ditemui teruja kerana dapat belajar teknik beg jut. Ada yang tidak menyangka teknik untuk membuatnya tidaklah begitu sukar namun memerlukan kesabaran yang tinggi.

Manakan tidak, untuk memotong gambar hiasan seperti bunga atau rama-rama memerlukan kesabaran yang tinggi.

Tenaga Pengajar, Nuraini A Jalil (duduk, tengah) bergambar kenangan dengan para peserta sambil menunjukkan hasil karya seni beg jut di Pusat Komuniti Desa Gagu, Kuala Klawang, Jelebu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2026.

Bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran, pihak PKD turut menyediakan pelbagai kemudahan lengkap termasuk bahan latihan, peralatan, serta e-sijil penyertaan.

Penganjuran kelas seperti ini bukan sahaja bertujuan mengisi masa lapang malah membuka peluang keusahawanan serta penjanaan pendapatan sampingan buat komuniti setempat.

Kebanyakan peserta mendapatkan maklumat mengenai program-program terbaharu PKD menerusi perkongsian di platform media sosial serta kumpulan WhatsApp komuniti.

Para peserta menunjukkan hasil karya seni beg jut di Pusat Komuniti Desa Gagu, Kuala Klawang, Jelebu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2026.

Pelbagai aktiviti berasaskan kemahiran teknikal, kraf tangan, masakan, dan keusahawanan terus dirancang secara berkala bagi memenuhi keperluan penduduk pelbagai peringkat umur.

Inisiatif berterusan ini membuktikan PKD Kampung Gagu kekal relevan sebagai agen transformasi sosioekonomi yang berimpak tinggi untuk warganegara luar bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast