Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr. Balachandran Gopal Krishnan

SEREMBAN – Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr. Balachandran Gopal Krishnan mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menegaskan pemimpin itu tidak pernah menggesa masyarakat Cina atau India kembali ke negara asal.

Beliau berkata, pihak tertentu sengaja menokok tambah kenyataan Sanusi bagi menimbulkan kemarahan masyarakat India dan Cina menjelang hari mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16), 1 Ogos ini.

“Beliau hanya menyebut China ada China, India ada India, kita orang Melayu ada Tanah Melayu.

“Tidak pernah beliau berkata orang Cina perlu balik ke China atau orang India balik ke India,” katanya pada sidang media di Pusat Media Perikatan Nasional (PN) di Ampangan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihak yang memutar belit kenyataan tersebut perlu dikenakan tindakan kerana cuba mengganggu keharmonian masyarakat.

Balachandran berkata, masyarakat tidak seharusnya terpengaruh dengan tafsiran yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

“Saya bukan mempertahankan individu, tetapi mempertahankan fakta sejarah dan maksud sebenar ucapan itu.

“Jangan tambah apa yang tidak pernah disebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast