Pasukan Robotik FIRA POLYCC selamat tiba di tanah air selepas berjuang di The 31st FIRA Roboworld Cup & Summit 2026 yang berlangsung daripada 17-21 Julai 2026 di Markham, Ontario, Kanada.

SEPANG – Pasukan Robotik Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) atau FIRA POLYCC Malaysia mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih sebanyak 14 pingat pada Kejohanan 31st FIRA RoboWorld Cup and Summit 2026 di Markham, Ontario, Kanada.

Seramai 8 orang pelajar dan pensyarah pengiring telah mewakili POLYCC daripada tiga politeknik iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor, Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang menerusi kategori HuroCup, FIRA Air dan Autonomous Car Challenge dengan menyumbang enam emas, lima perak dan tiga gangsa.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sehingga pasukan FIRA Malaysia yang mencipta kejayaan yang cemerlang itu.

Katanya, kejayaan yang diraih merupakan hasil komitmen tinggi para peserta, jurulatih dan seluruh pasukan yang telah mengharumkan nama POLYCC dan negara di pentas antarabangsa,.

Pasukan FIRA POLYCC Malaysia telah berada di Kanada sejak 17 Julai lepas dan pulang ke tanah air Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast