Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Projek penyediaan infrastuktur bagi menempatkan kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun bagi sesi persekolohan 2027 telah disiapkan lebih awal daripada jadual ditetapkan sebelum ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Siden berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen kementeriannya dalam memastikan kemudahan sekolah berada di tahap terbaik sebelum murid memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.

“Tahniah kerana dalam persiapan kita, khususnya persiapan infrastuktur kita telah menerima kehadiran anak-anak enam tahun di darjah satu tahun hadapan, projek-projek ini sudah pun siap ‘ahead of time’ (lebih awal) maknanya jauh lebih awal.

“Terima kasih kepada ketua setiusaha (KSU) dan pasukan yang bertungkus- lumus memastikan persiapan kita bagi menyambut anak-anak ini, khususnya infrastuktur yang  berjalan dengan sangat baik,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini hari ini.

Tambah Fadhlina, persiapan itu turut merangkumi penempatan guru yang dibuat berdasarkan pengumuman awal berkaitan pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu.

Katanya, sambutan ibu bapa terhadap insiatif itu juga kekal menggalakan apabila KPM menerima pertanyaan serta permohonan pendaftaram walaupun proses perancangan sesi persekolahan itu sedang dimuktamadkan.

“Setakat semalam, kita masih lagi menerima pertanyaan dan pendaftaran untuk anak-anak enam tahun ini. Sepanjang tahun ini juga, masih ada ibu bapa yang mahu teruskan mendaftar anak-anak mereka.

“Sehingga kini kemasukan dan pendaftaran ini masih popular dan kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan kepercayaan kepada KPM,” jelasnya.

Tambah beliau, KPM yakin proses kemasukkan muridtahun satu berusia enam tahun akan lebih teratur pada tahun hadapan selepas persiapan semakin kemas dan tersusun.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, sebanyak 10 sekolah melibatkan lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah  di setiap daerah akan dijadikan sebagai sekolah model bagi mengangkat mutu pendidikan serta kemenjadian murid.

“Setiap daerah akan mengangkat 10 sekolah iaitu lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang harus menjadi sekolah terbaik di daerah masing-masing.

“Saya sudah melalui beberapa sesi bersama sekolah-sekolah ini dan nampaknya masing-masing cukup bersemangat kerana tawaran kita adalah sehingga RM100,000 bagi setiap sekolah untuk melakukan pelbagai perubahan dan reformasi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast