Pelabuhan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM340.9 bilion pada Jun 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM177.9 bilion dan RM163.0 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, eksport Malaysia pada Jun 2026 mencapai RM177.9 bilion, meningkat RM55.6bilion (+45.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan eksport ini disumbangkan oleh eksport lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM39.0 bilion), Johor (+RM8.7 bilion), Sarawak (+RM4.3 bilion), Selangor (+RM4.0 bilion), Kuala Lumpur (+RM880.4 juta), Perak (+RM567.5 juta), Kedah (+RM178.7 juta), Labuan (+RM153.8 juta) dan Negeri Sembilan (+RM99.9 juta).

Bagaimanapun, eksport menurun di Perlis (-RM22.1 juta), Kelantan (-RM63.3 juta), Terengganu (-RM93.7 juta), Pahang (-RM104.6 juta), Melaka (-RM508.7 juta) dan Sabah (-RM547.5 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 48.9 peratus, diikuti oleh Johor (17.6%), Selangor (13.8%), Sarawak (6.0%) dan Kuala Lumpur (3.2%).

Menurutnya, import pada bulan Jun2026 meningkat RM49.7bilion (+43.9%) berbanding bulan yang sama tahun 2025 disumbangkan oleh import lebih tinggi di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (+RM19.5 bilion), Johor (+RM11.9 bilion), Selangor (+RM9.2 bilion), Kuala Lumpur (+RM8.3 bilion), Kedah (+RM1.5 bilion), Negeri Sembilan (+RM748.7 juta), Perak (+RM398.6 juta), Pahang (+RM266.6 juta) dan Sabah (+RM4.8 juta).

Manakala import menurun di Kelantan (-RM12.4 juta), Labuan (-RM17.3 juta), Perlis (-RM31.6 juta), Sarawak (-RM32.6 juta), Terengganu (-RM50.0 juta) dan Melaka (-RM559.7 juta).

Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan pegangan 28.4 peratus, diikuti oleh Johor (24.2%), Selangor (22.6%), W.P. Kuala Lumpur (10.9%) dan Kedah (4.6%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast