KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim antara 26 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa mulai 3 Ogos dan 1 September ini.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Muhammad dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).
Beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan, Tahanan dan Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohamad Farouk Eshak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik dan Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Hamin pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat DCP.
“SAC Roslan Alias pula bertukar daripada Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman kepada Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Noor berkata, Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis (ACP) Kamaruzaman Md Alib dilantik sebagai Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Katanya, Pegawai Turus E6A2 Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Ooi Yueh Kooi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari yang sebelum ini bertugas di Urus Setia JPJKK Bukit Aman dilantik sebagai Ketua JPJKK Pahang manakala ACP Mohd Taufik Maidin daripada Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak, kedua-duanya memangku pangkat SAC.
“ACP Dr. Mazlan Ismail pula dilantik sebagai SAC Dasar Strategik PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.
Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan, Tahanan dan Pengawasan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, ACP Zulkarnain Samsudin pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan memangku pangkat SAC.
“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Haslah Bachok pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Penolong Pengarah (D9) Siasatan JSJ Bukit Aman, ACP Mohd Hafiz Ya’acob pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah dengan memangku pangkat SAC,” katanya.
Menurut beliau, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan Muniandy dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, manakala Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, kedua-duanya dengan memangku pangkat SAC.
Beliau berkata, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, ACP Mohammad Hisham Mohamad Idris pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan dan Koordinasi) Kelantan, ACP Jalaludin Ahamad Zanuddin pula dilantik sebagai Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.
Dalam pertukaran sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.
Turut diumumkan ialah Ketua Unit Siasatan Jenayah Hartanah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superintendan Nur Asrul Ariff sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Siasatan/Perundangan) Perak, Superintendan Mohd Ridzuan Nor Ihsan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak; Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.
Selain itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saravanan Shanmuggam sebagai Ketua Polis Daerah Taiping; serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah, Superintendan Rosdi Mat Jusoh sebagai Ketua Polis Daerah Tawau. – MalaysiaGazette
















