KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati institusi itu membayar bonus yang amat tinggi kepada kakitangannya pada tahun 2010 hingga 2017.
Menurutnya, kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas.
Dari segi agihan, TH membuat pecahan kepada lima kumpulan berdasarkan prestasi tahun semasa.
Penelitian RCI mendapati proses bayaran bonus melalui tiga peringkat kelulusan iaitu Lembaga, Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kewangan (MoF).
Lazimnya Menteri Hal Ehwal Agama dan MoF hanya akan menerima cadangan pemberian bonus yang disyorkan pengurusan TH dan lembaga.
Ia termasuk ketika cadangan pemberian bonus luar biasa pada tahun 2014 pada kasar satu hingga 11 bulan gaji bagi bonus tahunan dan dua bulan gaji bonus khas dengan jumlah keseluruhan mencecah 13 bulan gaji yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74 juta.
MoF dalam penjelasnnya memaklumkan kelulusan pemberian bonus oleh menteri kewangan kepada TH melebihi dua bulan tertakluk kepada pertimbangan budi bicara, mengambil kira prestasi kewangan, aktiviti operasi dan perbelanjaan tanggungan dan prestasi pelaburan institusi tersebut.
Namun, RCI berpendapat, pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh TH adalah tidak wajar, mengambil kira isu kewangannya pada tahun 2014 hingga 2017 yang mana nilai asset lebih rendah daripada liabiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui JAN. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















