KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairini Mahathir.
Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan memutuskan hukuman tersebut dalam prosiding pagi ini.
Bagaimanapun Amir Shah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi, lapor Sinar Harian.
Penangguhan itu menyebabkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang tidak terlaksana serta merta sehingga rayuan tersebut diputuskan. – MalaysiaGazette















