Keratan laporan media berhubung tangkapan kedua-dua suspek pada Jumaat lalu.

BALIK PULAU – Dua lelaki warga Indonesia yang ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup lebih 120 kilogram (kg) syabu serta kartrij rokok elektronik (vape) mengandungi cecair disyaki methamphetamine bernilai lebih RM6 juta ke negara mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau, esok.

Kedua-dua suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ARTIKEL BERKAITAN

Polis Marin gagalkan cubaan dua lelaki Indonesia seludup keluar syabu lebih RM6 juta

Media pada Jumaat lalu melaporkan cubaan dua lelaki menyeludup keluar 113.776kg syabu bernilai RM5.69 juta dan 3,497 kartrij vape mengandungi cecair disyaki methamphetamine seberat 6.3kg bernilai RM315,000 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menerusi Op Taring Gelora pada 17 Julai lalu.

Dalam operasi itu, kedua-dua suspek berusia 30 dan 51 tahun yang dipercayai bertindak sebagai transporter laut ditahan selepas bot nelayan tempatan dinaiki mereka dipintas kira-kira tujuh batu nautika di selatan Pulau Rimau.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk sebuah bot fiber yang dipercayai digunakan sindiket bagi kegiatan penyeludupan itu dianggarkan berjumlah RM6.123 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast