Pemain dari Malaysia Gazette yang menyertai Program Santai Boling MAIWP Bersama Media 2026, semalam.

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Program Santai Boling MAIWP Bersama Media 2026 sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media yang sentiasa menyokong usaha penyampaian maklumat serta agenda pembangunan ummah.

Program yang berlangsung di Juara Bowling Alley, Strand Mall semalam, menghimpunkan wakil pelbagai organisasi media termasuk IKIMfm, Malaysia Gazette, Berita Harian, New Straits Times (NST), Media Prima Omnia Sdn. Bhd., Utusan Malaysia, Bernama, Harian Metro, TV AlHijrah, Bahagian Pemberitaan dan Perkhidmatan (BPP) RTM serta Siakap Keli.

Turut hadir ialah wakil anak syarikat di bawah MAIWP dan Ketua-Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menurut MAIWP, pihaknya amat menghargai peranan media dalam membantu menyampaikan maklumat yang tepat, selain membina kefahaman masyarakat terhadap pelbagai inisiatif kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan untuk manfaat umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Katanya, program berkonsepkan santai itu turut menjadi platform mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta membina hubungan lebih rapat antara MAIWP, rakan media dan agensi berkaitan.

“Hubungan strategik ini diharapkan terus diperkasa bagi memastikan maklumat mengenai inisiatif MAIWP dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih meluas dan berkesan,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast