Donald Trump

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, negaranya mempunyai hak untuk mengakses sumber mineral nadir bumi Ukraine di bawah perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Katanya, Washington boleh “mengambil hampir apa sahaja yang dimahukan”.

Dalam temu bual bersama Real America’s Voice yang disiarkan pada Jumaat, Trump berkata, Ukraine memiliki tanah yang sangat kaya, khususnya dari segi sumber mineral nadir bumi.

“Kami mempunyai kontrak yang ditandatangani berkaitan mineral nadir bumi. Kami boleh masuk ke sana pada bila-bila masa untuk mengambil hampir apa sahaja yang kami mahukan. Itu adalah satu perjanjian yang sangat baik,” tambah beliau lagi.

AS dan Ukraine menandatangani perjanjian tahun lalu di Washington selepas beberapa bulan rundingan yang sukar serta pertemuan tegang di Pejabat Oval antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan Trump.

Di bawah perjanjian tersebut, Kyiv dan Washington akan menubuhkan sebuah dana pelaburan yang sebahagiannya akan dibiayai menerusi hasil sektor perlombongan sumber asli Ukraine. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast