SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) berpotensi membentuk kerajaan Negeri Sembilan sekiranya trend keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini berterusan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan perkembangan semasa, gabungan itu dijangka memperoleh sokongan mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran negeri.
“Kalau kedudukan ini berterusan (tidak rasmi) kita boleh bentuk kerajaan negeri dengan 21,DUN,” katanya di Wisma UMNO Negeri Sembilan, petang ini.
Mengikut keputusan tidak rasmi setakat ini, BN mendahului dengan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.
Jika keputusan tersebut kekal sehingga pengiraan rasmi selesai, BN bersama PN akan menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. – MalaysiaGazette
















