Donald Trump

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Sabtu, beliau membatalkan serangan ketenteraan yang dirancang terhadap Iran selepas Tehran dan “negara Timur Tengah lain” meminta masa untuk memuktamadkan rangka kerja perjanjian damai, dengan mengatakan Israel telah menyertai komitmen itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam catatan di platform media sosial milik beliau Truth Social, Trump mendakwa kedua-dua pihak bersetuju dengan “perimeter” perjanjian berpotensi yang akan merangkumi pembukaan semula “segera, lengkap dan menyeluruh” Selat Hormuz dan menamatkan ancaman nuklear Iran.

Trump berkata beliau bersetuju untuk membatalkan serangan itu “demi manfaat masa depan dunia dan, begitu juga, kelangsungan Iran yang berjaya dan makmur,” sambil menambah bahawa keputusan itu bergantung pada pihak yang boleh “membuat perjanjian dengan pantas.”- BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast