Gambar hiasan

ROM – Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter melanda wilayah Tuscany, Itali, kira-kira jam 10.15 pagi waktu tempatan pada hari Selasa.

Pusat gempa terletak di kawasan sekitar Pisa.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut data rasmi, gempa itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer.

Ramai penduduk keluar dari bangunan masing-masing sementara anggota bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan sama ada terdapat sebarang kerosakan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa mengarahkan Bangunan Dewan Bandaraya Pisa dan mahkamah dikosongkan.

Malah, operasi perkhidmatan kereta api turut digantung buat sementara waktu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast