KUALA LUMPUR – Seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam sebuah kereta di tepi padang Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, Batu 3, Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai penemuan wanita tersebut daripada Mers 999 pukul 1.13 tengah hari .
“Siasatan mendapati si mati perempuan Melayu berusia 45 tahun,” katanya menerusi kenyataan.
Hasil siasatan mendapati wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, tyroid dan sakit jantung.
Dalam masa yang sama mangsa disahkan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang dan Hospital Serdang sejak dua tahun yang lalu.
Asaharudin berkata, susulan itu kes tersebut diklasifikasikan sebagai Keputusan tiada tindakan lanjut (NFA). – MalaysiaGazette
















