Dua suspek diburu selepas terbabit kes samun di sebuah kedai serbaneka dengan salah seorang masuk ke premis tersebut lalu mengacukan pisau ke arah juruwang wanita dalam kejadian di Taman Maju, Jasin, malam tadi.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis, seorang lelaki memakai topi keledar memasuki kedai berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan kira-kira jam 8.10 malam.















