Datuk Ismail Lasim (tengah). - Foto: FB Dato' Ismail Bin Lasim

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar cukai pintu bagi kediaman di negeri itu bagi tempoh lima tahun.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta beban kos sara hidup yang perlu terus diberi perhatian.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memastikan setiap keputusan yang dibuat mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Ismail berkata, dalam sidang akhbar hari ini, beliau turut memaklumkan berkenaan penetapan Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-16 selama sehari pada 18 Ogos depan (Selasa).

Ujarnya, persidangan itu akan melibatkan upacara mengangkat sumpah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta urusan pelantikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Speaker) yang baharu. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast