Detik-detik ketika nahas melibatkan sebuah kereta yang menyertai perlumbaan drag di Kotamobagu, Sulawesi, Indonesia. foto note24.id

JAKARTA – Sebuah kereta drag terbabas sebelum merempuh penonton dalam perlumbaan di Indonesia pada hujung minggu lalu, mengakibatkan lapan orang maut dan sembilan lagi cedera.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku lewat malam Ahad ketika berlangsungnya perlumbaan kereta drag yang dianjurkan di bandar Kotamobagu, Sulawesi, Indonesia.

“Lapan orang meninggal dunia, lapan lagi kini menerima rawatan di unit rawatan rapi, manakala seorang mengalami kecederaan ringan,” kata Ketua Polis Sulawesi Utara, Roycke Harry Langie kepada pemberita.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi termasuk pemandu kenderaan berkenaan.

Seorang saksi, Areng Mokoginta memberitahu, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta lumba hilang kawalan sejurus selepas perlumbaan dimulakan.

Kereta itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan perlumbaan di Kotamobagu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast