KUALA LUMPUR – Bekas bek kiri Kuching City, Gabriel Palmero sah menjadi pemain terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang saingan Liga Malaysia 2026/2027 akhir bulan ini.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki tentang kemunculannya dalam vlog skuad JDT semasa jelajah pra-musim di Sepanyol pada Julai lalu.
Sebelum menyertai Harimau Selatan, dia telah mengikat kontrak bersama Kuching City pada awal tahun ini. Namun, jodoh Palmero bersama The Cats hanya bertahan selama 2 bulan.
Palmero dijangka bakal merebut tempat posisi bek kiri JDT bersama-sama pemain import Argentina, Jonathan Silva dan Corbin Ong bagi musim 2026/27.
Selain mampu beraksi di posisi bek kiri,Palmero turut mempunyai kelebihan untuk beroperasi di bahagian pertahanan kanan sekiranya diperlukan oleh Ketua Jurulatih JDT, Xisco Muñoz.
Untuk rekod, JDT merupakan kelab ke-10 yang disertai pemain berusia 24 tahun itu sepanjang kariernya. – MalaysiaGazette
















