Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto AIZAT ZAINAL, 27 FEBRUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Menurut beliau, Perdana Menteri juga dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur tersebut dipermudahkan.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast