Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditemui mati di dalam kebun kelapa sawit dipercayai dibunuh dalam kejadian di Banting, Kuala Langat, Selangor pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Mohd Radzi berkata, pihaknya menerima laporan penemuan lelaki berusia 49 tahun itu sekitar 5 petang.

“Anggota bertugas dari Cawangan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dimaklumkan bahawa seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam kebun kelapa sawit.

“Susulan kejadian itu, lapan individu berusia lingkungan 20 hingga 70an melibatkan warga tempatan dan asing telah ditahan dipercayai terbabit dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, motif kejadian dipercayai pertengkaran berkaitan kecurian peralatan pekebun dan buah sawit, berikutan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast