PUTRAJAYA – Mana-mana pemimpin atau ahli PKR mempunyai hak untuk menyertai parti lain selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, tindakan yang sama tidak terkecuali untuk dilakukan oleh bekas bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.
“Itu hak dia,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Sambutan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Wong Chen yang sah menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) berkuat kuasa hari ini dengan diberi tanggungjawab menyelia penyediaan kertas dasar parti itu.
Dalam kenyataan bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab memaklumkan, Wong Chen telah membuat permohonan keahlian secara dalam talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian parti.
Menurut mereka, Wong Chen yang menjadi Ahli Parlimen sejak 2013 akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar Bersama.
Kelmarin, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa pukul 5.00 petang.
Menurut Wong Chen, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu. – MalaysiaGazette















