Penjaga kebun durian didenda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret George Town selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki senjata tiruan dan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Tertuduh, Choong Ah Cheng, 57 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.















