Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Polis telah merampas sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya, Selangor dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar, Klang, pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 7.20 malam turut menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 20-an yang bekerja di bengkel tersebut bagi membantu siasatan

Menurutnya, selain van jenazah yang dipercayai dilaporkan hilang di Subang Jaya,  beberapa kenderaan lain turut dirampas.

Beliau berkata, tindakan polis itu dilakukan sebelum satu kenyataan mengenai penemuan van jenazah berkenaan tular di media sosial pada 8 Ogos lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekendhend 1946.

Ramsay berkata, siasatan dikendalikan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Klang Utara, Sarjan Zabirin Mohd Kamaron.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast